Translate

04 October 2009

BiLer AmaRAh MemBuaK-bUak

Ayahanda dan Bonda sering berkata

berbuat baiklah kepada semua manusia
balasan jangan diminta-minta
kerana yang Maha Esa lebih mengetahuinya

Cuma
Aku sedikit keletihan dan kepenatan
Penat menjaga hati orang
Letih menjaga perasaan kenalan

hati kawan,
perasaan teman,
hatta hati musuh sekalipun
semuanya perlu dijaga
untuk hindari wujudnya amarah
agar tidak berbalah dan bertelagah

Cuma kadang-kadang terjentik juga rasa kecewa
dalam masa aku sibuk menjaga hati mereka
jarang sekali hati aku dijaga mereka

adakah mungkin terlupa?
atau ia sengaja dilupa?

Entahlah

Aku bukanlah hamba
yang ditugaskan hanya untuk menjaga perasaan mereka
aku manusia biasa
mungkin hanya kenalan,
kawan, teman, atau mungkin juga sahabat
yang juga ada perasaan
yang juga merasai kesakitan

Aku bukan mahu mengemis balasan
hatta diminta untuk disanjung dan dijunjung
tapi adakah menjadi satu kesalahan
jika terima kasih itu dituturkan
yang pastinya
akan mengeratkan lagi ikatan persahabatan
mengukuhkan lagi jalinan persaudaraan

karya:- Redapples.com

4 comments:

anN said...

kite insan biasa.. ada perasaan gak..

Unknown said...

mmg sakit... tapi jika dipendam perasan 2 akan meledak cam gunung berapi meletus... sory kawan2...

pudding pie said...

betul2..mmg penat bila asyik kne jaga perasaan org, mls nak cari gado
tp kesabaran pun der limit jgk
huhuuhu

sabar ye, biase la tu adat berkawan

Anonymous said...

yang pasti tula reality kehidupan sekarang...yng pasti akn menjadikan kita lebih matang dan terus gagah melalui liku2 kehidupan,,,,,,