Hari nie terbaca salah satu koleksi majalah maskulin... terperasan tentang satu ruangan nie... Contohi Akhlak Rasulullah
Hidup kita akan lebih terpuji sekiranya kita punyai role model .. bagi umat islam atau sesiapa saje, Rasulullah merupakan role model yang paling unggul untuk kita ikuti. Rasulullah bersabda "orang yang paling aku cintai dan paling terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang terbaik akhlaknya." Riwayat Bukhari.
Jadi terfikir sejenak ade ke akhlak2 terpuji Rasulullah yang ade pada aku... @ hanya ada dan tidak diaplikasikan.
1-SABAR
Menahan diri dari mengikut kehendak hati @ perasaan buruk, menahan melakukan kejahatan dan sanggup berusaha untuk mendapatkan kebaikan. Malah Ali Abu Talib ade menyebut."iman itu didirikan dia atas empat tinag: yakin,sabar,jihad,adil"
2-MEMAAFKAN
Sukar rasenye jika ingin memaafkan seseorang jika prbuatannya melukakan dan menyakitkan hati... namun sebagai umat islam sifat itu menunjukan ciri muslim yang sebenar, ini juga sifat Rasulullah yang wajib di contohi. Allah berfirman surah al-A'raf:199, "Ambillah jalan kemaafan, suruhlah berbuat kebaikan serta jangan hiraukan orang yang jahil(yang degil dengan kejahilannya)"
3-MALU
Memiliki sifat malu menjadikan manusia itu lebih takut untuk melakukan perkara yang di tegah Allah. Jika sifat ini terbentuk manusia akan takut untuk melakukan perbuatan terlarang seperti menjaga perkataan, aurat, budi pekerti dan kelima2 pancaindera. Malu manusia bukan hanya pada Allah tetapi pada kedua ibu bapa, pasangan,keluarga serta orang ramai, apatah lagi yg bukan mahram, dan perasaan malu ini lah yang akan sentiasa menjaga pertuturan dan perbuatan bebas manusia.
4-PEMURAH
Pemurah bukan sahaja bersedia menghulurkan sesuatu dalam bentuk fizikal tetapi juga mestilah dalam bentuk perhatian, kasih sayang dan prihatin. Lawannya pemurah nie Bakhil. untuk jadi seorang yang permurah pengorbanan dan sifat mengasihi perlu ada dalam diri manusia. Amalan berzakat merupakan contoh terbaik yang di tuntut dalam islam.
5-MENGUTAMAKAN ORANG LAIN
Mengutamakn org lain berbanding diri sendiri adalh sifat yg amat mulia asalkan kita tidak mengabaikan keperluan asas diri sendiri. Keperluan org lain, terutama org yg rapat dengan kita seperti ayah dan ibu, pasangan dan anak2, wajib diberi keutamaan. Semuanya adalah ibadah kita terhadap Allah.
6-BERCAKAP HANYA YANG BAIK
Antara dosa yg wajar kita elakkan adalah dosa mulut @ berkata-kata perkara yg boleh menjurus kepada lembah kehancuran. Lebih baik diam dari berkata perkara yg x elok, elakkan umpatan, fitnah, mendedahkan keaiban org, bertengkar @ menceritakan rahsia org lain. sebaliknya banyakkan zikir, istifar dan bercakap tentang perkara yg manfaat kerana itu akan mendamaikan jiwa kita.
7-ADIL TERHADAP DIRI SENDIRI
Adil bermakna meletakkan sesuatu yg hak di tempat yg betul. keadilan merupan ciri2 keperibadian islam yg sebenar. ia membawa kepada hidup yg matang, tenang dan damai. Perlu berlaku adil pada diri sendiri, dan org lain.
8-BERBAIk SANGKA
Berbaik sangka adalah sifat yg benar2 baik, apatah lagi sifat ini memanjangkan silaturahim, ia akan memyebabkan kita sentiasa disayangi, memadamkan api dendam dan jiwa akn senantiasa tenang. Beburuk sangka akan menyebabkan hati ini sentiasa sakit, jiwa x tenang dan akhirnya memutuskan tali silatulrahim.
9-RINGAN TANGAN
Sentiasa bersedia utk meghulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kewangn tidak berkemampuan, cukup sekadar menghulurkan kudrat dan tenaga, jika tidak mampu dengan tenaga, bantulah dengan kata2 semangat, @ jika tidak mampu juga berdoalah untuk kesejahteraan @ diringankan beban org berkenaan.
10-SERBA SEDERHANA
Menjalani kehidupan serba sederhana merupakan Jalan terbaik. Tidak perlu menunjuk-nunjuk @ beritahu org lain akan kelebihan diri yg kita miliki, tidak kira samada harta atau ilmu.
Cukupkan akhlak aq untuk aq menjaga dan memimpin di masa akan datang... Ruang dan masa amat diperlukan ketika ini untuk membaiki diri agar kehidupan mendatang menjadi mudah... bile kah itu...?? hanya Masa dan Takdir yg akan menentukannya... kesabaran dan penantian mungkin hanya satu tanda tanya untuk jawapan yg belum pasti.....
No comments:
Post a Comment