Translate

09 June 2011

4 mOnTh HoLiDAy

KalU dikirakan cukup dah sebulan aq cuti... ade lagi 3 bulan sebelum aq melangkah ke sem akhir untuk di gelar seorg enginior (Amin)... ketika rakan2 yang lain sibuk menjalani Latihan Industri aq nie masih lagi duk kat p.raja nie... sayang lebih nie nak tinggalkan p.raja nie, yelah taun nie je aq dpt merasa duk cini.. konvo pn blum tentu leh dpt dtg...

Den nie duk kat p.raja nie bukan suke2 je k... den siapkan FYP series-2 k... setelah series-1 x memberangsangkan... ikut jelah ckp my SV... kalu x ikut x dpt plak A... huhuhu... :), skunk nie pross menuggu testing untuk 28 day insyaAllah minggu depan abis la... pastu aku akan terus smbung cuti ngan g LI .. org lain dah bulan terakhir LI aq nie baru nak start... xpelah janji FYP aq siap, kiranye sem depan proceed data n analysis je... yahoooo... tp kalu ade series-3 sngt lah kecewa huhuhu....



Now prepare untuk LI hujung bulan nie.. insyaAllah semua akan berjalan lancar.... Pas LI balik smula kt P.Raja untuk 1 sem g.. pastu merdeka... ish x sabarnye nak bis nie.. semua member2 dh de kerjaya.. yg aq nie still blaja g... x pe lagi sikit je tu... sabar..

Buat teman2 yg tengah LI tu x yah lah asyik ber FB.... t bis marah... GuD LuCk semua....


SeTelah Lama MEnyEpi....KiNiku KEmbALi

TeRasa rindu terhadap blog yg aku create sejak tahun 2009 nie... disebabkan Bayangan FB yg mengila.. Blog ini ku abaikan seketika + malas walaupun bnyak story yang ingin di ceritakan... di FB semua org leh baca luahan Marah sedih gembira seseorg n cepat je org comment... kat blog nie kurang cikit org comment... so skunk aq nak cube kurangkan FB dengan meng-update blog ini setiap hari (hngt2 taik ayam kot).... huhu kat cini banyak benda aq leh cite... lagipun housemate aq nie sebuk tul suh update blog.. sampaikan die pn dah buat blog...

MemAndangkan tahun nie last aq sebagai seorang student.... kenangan manis pahit suke duka, keluarga, rakan2, diri sendiri akan cube di terjemahkan didalam COnclusiku...DOLCE...

TO ME>>>>> WELCOME BACK








28 March 2011

Selangkah ke Menara Gading

Betul ke peribahasa selangkah ke menara gading??? gading gajah ade kot... huhuhu... betul lah tuuu, x kan la senang2 je org dulu2 nak cipta peribahasa bak pantun ini...

First congrates 2 my litter brother coz got result Spm 2010 yg agak cemerlang... not fully cemerlang 7A 1B 1C... dah usaha-kan... nak hadiah ke..?? huhu x dpt la nak kasi x cukup ongkos... tunggu abg kau nie praktikal k...ade la ckit gaji.... huhh.. hadiah janji PMR dulu pn x tertunai lagi ..sory la ye...uhuhuhu :)

Lagi 6 bulan kot nak smbung stdy... nak aply oversea? dpt ker?? x la kot... dalam malaysia jelah... x pn msuk same 'u' ngan abag ko nie... papepn tahniah sekali lagi buat adik ku MOHD FAIZAL B ABD KADIR>>>><<<<

09 March 2011

-Feel Depressed-

Sem yg agak tertekan lagi menekan kan..

Otak nie kalau lah boleh dikongsi kesengsaraannya akan ku beri kepada kucing depan umah nie... x de die asyik mintak makan je... skali biar si kucing merasa beban menjadi seorg student tahun akhir nie...

ku mengharapkan kesengsaraan ini akan berakhir dengan kecemerlangan...
takkala kadang2 hati nie bergitu sedih dengan keadaan sekeliling... namun ape yg aq harapkan aq masih boleh berfikiran sewaras yang mungkin, dan biarlah hati yg terluka dan tersentuh ini pulih dengan sendirinya... agar segala kerja berjalan dengan lancar...

Spirit
1. PSM, settlekan chapter 1,2,3 be4 khamis
2. IDP, betulkan drawing & Report be4 jumaat
3. KKP, Journal
4. BUILDING, project 1,2 on progress
5. STRUCTURE, Design Staircase-MIZI Esteem-IR... yg lain on progress

n Last PRACTICAL... still mencari...satu dah reject tinggal lagi 3... hope adelh yg sudi terima aq untuk LI bulan 7 nie...huhuhu





10 February 2011

Sesawang ini BLOG....

Sangat lame x berblog... alasan?? macam biasa la malas menaip.. tp hari nie terasa nak menaip.. gatai tangan nie... Sem baru tahun akhir nie dah sebulan pn berlalu... Duit PTPtipu pn lmbat masuk sem nie... amat stress... biler dah masuk duit, sangat nak memboros je...(afend control ok!). Buat masa kini waktu puncak kegembiraan aq selama 6 Tahun melanjutkan pengajian bakal berakhir... walaupun detik dan ketikanya masih jauh (11 month) namun perasaan kasih dan sayang meninggalkan dunia pengajian dan pembelajaran harus di tempuh (ayat nak skema jeee...)

Suke duka, manis pahit, bersama rakan sekeliling membuatkan perasaan itu makin2 bertambah parah.. takkala aku bakal bergelar seorang Engineer yg memerlukan kecekalan dan ketabahn hati dalam membuat sebarang keputusan.. walaupun x de la ramai bebenor rakan disekeliling tetapi aq amat senang berkawan dengan sesiapa, andai di senyum, balasan senyuman diberi, andai di tegur, teguran diberi...

Mungkin segelintir yg tidak beberapa senang dengan perwatakan dan tingkah laku... tp x jadi masalah bg aq.. bak kata romate aq (AAK) cari la sendiri ye..... even yg sekali setiap sem baru bertegur pn ade... bukannye nak menyombong, mungkin ketidak serasian dan ketidak-Ngaman kot...huhu... sangat mengarut.. mungkin aq nie jenis pendiam, tp biler dah kawan haaa baru tau siapa si normah becok(bak kate habib).. x kesah la gelaran ape pn di beri yg penting benda2 macam nie akan mengingatkan dan memberi seribu kenangan yg amat bernilai untuk aq pada masa akan datang...

Buat Semua, Salam Februari

16 January 2011

Penyelarasan kalender akademik IPTA secara berperingkat

Terbelik-belik la cuti sem baru nie.... skali jumpa ini da... amat bercanggah dengan jadual baru sem 1 2011/2012 http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/133/160/lang,en/ yg mane betul pn tak tau la... tolong beri penjelasan cikit....


PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014. Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa. Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar. “Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. “Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata penyelarasan ini juga membolehkan pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa.


Justeru, katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan. Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011. “Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos,” katanya.


Bagi pelajar lama katanya pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar terbabit wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011. Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 Sept, 2013 dan pelajar lama pada 9 September. Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka. “Penyelarasan ini sekali gus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian,” katanya. Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau “Fasa Pengukuhan” yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015.


SUMBER - BERNAMA

10 January 2011

Melaka TRip 2010 part 2

Lambat update diesebabkan:-

Malas, Malas, Malas... Tenet x de... Kemas umah... n macam2...huhuhu

#continue perjalanan percutian d Melaka

2nd day 26hb-12-2010

Sarapan pagi then terus bergerak kluar ke Bandar melaka destinasi yg dituju Menara Taming Sari, Melaka Cruise, tempat2 bersejarah, shopping, dll. Makan tengahari kat tempat biasa 1st day datang.

Petang Mandi Swimming pool tp x best sebab ramai... tgk anak buah je mandi... suka sangat depa... x pat masuk Wonderland Swimmingpool pn jadilah...

Malam x de aktiviti masing2 melayan Bola Malaysia Vs Indon sambil menikmati KFC... keletihan masing2 berjalan dibawah terik mentari kot pagi tu...

3rd day 27hb-12-2010

Hari terakhir... lambat cikt turun sarapan... sbb nak terus Check-out dalam kul 930 cam tu... teruss ke zoo melaka. kalu g melaka nie x sah kalu x ke zoo.... pe yg best tah... tp ok la dapt aq naik kuda...huhu

Jam 130 ptg kami bertolak pulang.. makan tengahari kat R&R ayer keroh... pastu masing2 membawa diri pulang ke halaman masing2.. yg aq nie... perkara pertama nak buat sampai je umah... O9 la... huhuhu

p/s Next trip family vacation - next year 2011 Cherating n Kelantan( utara)...insya-Allah









2nd day



3rd day