Translate

11 December 2011

Cambodia Part 3

Jam 6.00 am 02/12/2011

Seawal jam 4 pagi ayam dah berkokok sebab subuh di sana jam 5 pagi kalu dari rumah tu pagi2 boleh dengar org lalu lalang naik basikal jalan kaki nak ke masjid.... susah nak dpt suasana camtu kalu kat tempat tinggal aq... walaupun islam adalah minoriti penduduknya di cambodia... namun mereka merasakan tiada apa yang boleh menggugat keimanan mereka...

Diawal pagi kami telah diberi tugasan untuk melakukan kerja yang telah dirancang.. untuk peserta lelaki kami di arahkan untuk pergi ke pasar dan menyediakn makanan untuk 100 org... dah la peserta lelaki 4 org jer.. pastu ade cina plak tu... hurm nasib baik kami di bantu oleh seorg chef terkemuka dari uthm Cik haryati kita... huhuh..org kg ade gak yg membantu dalam urusan pembelian barang n masak2...manakala peserta wanita di arahkan untuk melakukan aktiviti LDK bersama pelajar sekolah agama perempuan.. bnyak gak aktiviti yg diorg buat.. cume aq n beberapa rakan x sempat nak join sibuk g pasar nak masak untuk org kg... huhuhu

Sarapan pagi di bawah rumah...sedap nasi gorengnye...

Aq bersama bendahari, ketua program dan setiausaha telah pergi ke pasar pagi tu dengan menaiki tut tut... best 1st time naik tut tut... angin2 je rase... banyak jugak duit MYR yg kami tukar ke Riel kemboja (sumbangan org ramai).... perjalanan dari kg ke pasar lebih kurang 15 minit... sempat jugak la cuci2 mata tengok keadaan sekeliling yg di penuhi rumah2 kampung.. setibanya di pasar(pekan phnom penh) x bnyak beza ngn pasar kat malaysia kot... dari bawang sampailah ke buah-buahan kami beli dah macam explorace.. kejar sana kejar cini... last2 ayam dah abis kat pasar tu (org nak g pasar cari ayam kul 6 dah kuar kami kul 9 baru nak gerak...hehehe)... mujurlah masa kami pigi pasar tu di temani seorang akak dari kampung yg kami tinggl die yg settlekan mane nak cari ayam... ayam terus di hantar ke kg.. bnyak gak ayam yg kami beli..


Jam ketika itu menunjukkan 10.00 am keadaan agak genting (takut bos besar marah) sebab dalam task kami kene siapkan makanan sblum kul 11.00 am before org g smbhyg jumaat... nak x nak kene la makan lps sembhyang jumaat... huhuhu.... dan ketika itu program LDK bersama pelajar sedang rancak dijalankan... x sempat nak join n kenal2 ngn pelajar pompuan kat c2.. heheheh..


Antara Menu makanan yg kami sediakan adalah seperti:
#Ayam masak ungkep (betul kot ejaan die)
#sayur kubis masak santan
#Sambal belacan
#Ikan toman bakar(org kg)
#kerabu mangga (makan dengan ikan toman)
#keropok ikan goreng (bawak dari p.raja)
#buah pisang kaki + apple
#nasi putih
#mineral water
Rasenye ni je kot yg ktorg makan kalu x silap...


Selesai makan... majlis penutup dan penyerahan sumbangan kepada keluarga angkat masing2 dijalankan... dan ketika ini pelajar2 dan kaum keluarga berkumpul memeriahkan majlis... selesai sesi bergambar kami jalan2 keliling kampung n snap2 gambar sambil bagi gula-gula at kanak-kanak... kesian kawan2 yg kene serbu... aq tgk dari jauh jer.. huhuhu...


Habis program kami diberi peluang menaiki sampan/perahu beramai2 menusuri sungai Mekong... wah 1st time naik perahu... dah la x stabil... pastu x pakai life jaket... argh redah jer... biler lagi nak rase pengalaman camtukan... untuk pengatahuan air sungai mekong inilah yg digunapakai untuk kami mandi di toilet... airnya di pam secara terus ke toilet rumah masing2.. memang keruh lah kan airnye.. tp x de kesah sangat pn... sepanjang di sana kami di bekalkan air mineral untuk air minuman so tiada air yg di masak untuk kami minum kecualiiii minum air teh ...adush...... tkut ade yg sakit perut cam aq nie ha... huhuhuh :)


Keindahan sungai mekong di senja hari memberi pengalaman yg jarang kami temui.. moga ini bukanlah pengalaman pertama dan terakhir... "arkun Cambodia"

Sesungguhnya terdapat insan yg lebih menderita dan memerlukan... dan aq amat bersyukur dan berterima kasih kepada illahi kerana membuka mata dan hati untuk melihat kesengsaraan umat islam di sisi lain...

10 December 2011

Cambodia Part 2

01/12/2011

Program bersama masyarakat kampung chroy metrey phnom penh merupakan pengalaman yang amat2 berharga dan ia merupakan program pertama yang aq ikuti sepanjang pengajian di UTHM.. Diberi peluang untuk menyertainya merupakan pengiktirafan tertinggi buat aq dan rakan2... walaupun negara yang terpilih sekitar asia tenggara (cambodia) dan bukannya europah @ middle east tetapi ia memberi berjuta-juta pengalaman yang berharga buat aq...

Ketibaan kami di sambut ajk masjid penduduk kg dan kanak2 yg begitu teruja melihat kehadiran kami... mereka seperti mengharapkan sesuatu dari kami, dan ketika itu senyuman yg hanya boleh diberi... :)

Kami terus dibawa ke belakang masjid untuk majlis meramah mesra dan pengagihan keluarga angkat... berlatarbelakangkan sungai mekong.. persekitarannya memberi gambaran sebenar kehidupan masyarakat islam di kampung chroy metry... bertapa bersyukurnya aq tinggal di bumi Malaysia dalam masa yang sama berasa simpati kepada mereka saudara seislam...


Selesai berbincang dan sedikit taklimat dari pengarah program, kami diberi kepada keluarga angkat masing-masing semua dah x sabar... hurm harap bolehlah dieorg nie bertutur dalam bahasa melayu @ inggeris... setiap keluarga angkat akan mengambil 2 org peserta... aq dan cikang sebagai pasangan...

Masa ketika itu menghampiri maghrib.... x sempat nak buat apa2... balik umah keluarga angkat mandi-mandi, solat dan di beri makan malam.. sempat juga berkenalan dengan org2 kampung... disapa oleh cikgu Qamaruddin dalam bahasa inggeris... orgnya sangat baik.. siap tolong bawak ke kedai hujung kg semata2 aq nak cari sepasang seliper... alih2 seliper tu tertinggal kat sane... cikgu kamaruddin merupakan guru b. inggeris di C.I.C.... cambodia islamic centre... seringkali die mengajak aq dan rakan ke CIC kerana pelajar2 disana begitu teruja ingin bertemu dengan kami... namun di sebbkan jadual aktiviti yang padat hasrat tersebut terpaksa kami lupakan... mungkin lain masa dan ketika kami akan kesana...

#C.I.C merupakan sekolah agama untuk pelajar lelaki di cambodia yang juga diajar subject B.Ingeris, math, sejarah, dll....

Makan malam kami disertai oleh suhana dan ayu (peserta program) maknyenye kami makan berempat dan keluarga angkat...


Lepas makan, borak2 kejap... jumpe nasir dan adiknye (jiran sebelah) borak lagi .... pastu baru masuk tidor... oh lupe rumah yg kami duduk nie berlampukan kuasa generator... so satu umah 1 lampu jer.. kul 9 slalunye dah gelap kg tu... disebabkan kami maka terpaksalah tuan rumah sediakan bateri kereta dan di letakkan kat dalam umah tu untuk aq n cikang caj bateri handphone, camera n laptop... jadi segan plak.. huhuh pastu kami tidur dengan berlantaikan tikar, bantal kecik dan selimut serta kelambu.. malamnya sangat sejuk....

Besoknye kami ade program bersama orang kampung dan pelajar perempuan sek agama...

to be continue.....






08 December 2011

Cambodia Part 1

Alhamdullilah selesai sudah seminggu program UTHM di kemboja...banyak dugaan dan cabaran yang di harungi oleh kami 14 pelajar Kejuruteraan awam tahun Akhir sebelum menjejakkan kaki ke bumi kemboja... sebelum ini tarikh asal program adalah 5-11 nov sempena hari raya qurban namun disebabkan banjir di kemboja ianya terpaksa ditunda dan harapan ketika itu masikah ade peluang untuk aq dan rakan2 ke sane... syukur tarikh pembelian tiket telah dilaksanakan dan aq telah selamat kembali ke malaysia walaupun dengan keadaan yang kurang sihat...

7.00am (malaysia) meniggalkan Malaysia dengan pesawat air asia suasana pagi yg hening dan syahdu memberi seribu satu pengalaman yg amat berharga.


8.00 am (kemboja) dikemboja masa lewat 1 jam dari malaysia.. maksudnya sampai di kemboja kul8.00 pagi...tp waktu malaysia dah kul 9 cam tu.... sampai je di Phnom penh airport kami dah di duga... 2 beg luggage yg membawa beg kumpulan kami x sampai... jenuh menunggu...then en zul (pensyarah program) amik keputusan untuk biarkan imgrsen airport settlekan...

9.00 am - 4.00 pm melawat Genocide Museum- merupakan tempat sejarah sekse manusia kat situ.. di perintah @ ketunya pol pot x silap... mmg kejam giler, sian tgk gmbr mangsa yg di sekse even keluarga dieorg pn kene... reka bentuk buildingnya cam sek ade 3 tingkat.. setiap bilik ade sejarah tersendiri.. ade katil besi, ade tengkorak, tulang n macam2... meh tgk gmbar..



Pastu kami makan tengahari kat d'wau restoran... restoran malaysia... siap pasang tv 1 lagi... kelas gitu...


Killing Field - tempat dimana mangsa yg di penggal kepala semasa pemerintahan pol pot yng di campak bodynya kat dalam satu kawasan lubang secara bramai ramai.. tengkorang yg banyak disusun kat satu bangunan monumen khas untuk tengkorak... eee seram...tp best gak leh tgk tengkorak live... pastu ade satu pokok kat killing field nie bentuk die mmg menakutkan... mybe sebab dah slalu di puja kot... mayat kat c2 mesti x tenang kan... dah di campak beramai ramai dalm lubang tu... kalu kat malaysia nie maybe zaman jepun dulu kot... untunglah sekejap je jepun menjajah...