Translate

31 August 2009

BiLeR LamE RaseNYe X beBloG


minggu nie byak test... bsk pn ade...x de mase nak masukan new entry dlm blog nie...
nie pn curik-curik gak nak update...huhu... wish me luck..

a week be4 raya holiday ade plak exhibition kenegaraan, water rocket comptition...
banyak g x siap nieh... poning pak cik

27 August 2009

BiLeR sape SuKe Na TidOq





Sape yang nak suke tidur 2 pakai la benda alah nie...
di reka untuk wanita selain boleh tdr..die boleh menjadi tudung...
huhuhuh... creative n inovative

26 August 2009

BiLeR MaSaLah AIr DijAdiKaN IsSue


Pe cite UTHM kolej Tun dr Ismail xde air...
payah giler air xde... tlong la buat sesuatu... sushkan org la...
x bayar bil ke??

yg buat hal lagi student tingkat atas suke bebenor trun ke bawah g toilet bilik bawah...
hormat la privacy org... pastu baldi pulak ilang... pe kejadahnya ini...

kalu ikutkan x mau aq g kelas pagi tadi... namun seb baik sempt membasuh muka dan mengosokan gigi...hhuhuhuhu

p/s yuran bayar.. tp cm x de function....


24 August 2009

BiLer SahuR Di UThM


Salam Sahur DAri Saya AFINDY-KADIR
nie je juadah besahur...syukur kenyang



23 August 2009

BiLeR SerOnOK CuMa SeHarI















Keseronokan Hanya sementara kerana Malang menimpa selepas keseronokan di rasai...
apa-apa pun aq ENJOY!!!!!!

21 August 2009

20 August 2009

BileR BoSan Beli Magazine

Baru je dptkan Majalah maskulin keluaran SEptMbER 2009.. sini ade tip untuk pemilihan jeans hope korg yg baca ade idea nak beli jeans nanti.....


Ukur Jeans Di Badan Sendiri


Jeans sememang pakaian popular untuk lelaki mahupun wanita. Jika perhatikan sekeliling, pastinya anda akan melihat ramai orang menggayakan jeans pelbagai potongan. Pemakaian jeans bukan sahaja terbatas untuk aktiviti atau gaya santai, tetapi ia sesuai dipakai pada bila-bila masa. Walaupun ramai yang gemar memakai jeans, tetapi masih ada segelintir lelaki menggayakan jeans yang tidak sesuai dengan bentuk badan sendiri. Sekiranya anda penat dan tidak mahu membuang masa mencari sehelai jeans yang padan sempurna dengan tubuh, apa kata ikuti tip yang Maskulin berikan ini. Pemilihan dan pembelian sehelai jeans anda akan menjadi lebih mudah. Ketahui jenis potongan jeans:

1-Low rise

Jeans low-rise terletak di bawah garis pinggang. Jeans jenis ini terdapat dalam potongan straight cut, slim fit, bootleg dan wide leg. Jika tidak mahu bahagian perut terlihat, padankan jeans low-rise anda dengan kemeja yang sedikit panjang, dan jika anda mahu tampil lebih relaks, gayakan jeans low-rise anda itu dengan kemeja-T.


2-Wide leg
Jeans wide-leg lazimnya terletak pada garis atau sedikit di bawah pinggang. Bahagian punggung dan paha lebih longgar. Biasanya jeans wideleg mempunyai poket yang dalam dan besar. Jeans jenis ini juga berpotongan lurus dan tirus dari bahagian paha hingga ke pergelangan kaki.

3-Flare cut
Jeans potongan ini sesuai untuk beberapa jenis bentuk tubuh. Biasanya ia akan terletak pada garis pinggang dan lebih longgar. Jeans flare cut secara asalnya direka untuk dipadankan dengan cowboy boots atau but koboi. Bagaimanapun flare cut sesuai dipakai untuk apa jua acara, sama ada ke pejabat atau ke temu janji romantik dengan insan tersayang. Mengapa ia dipanggil ‘flare’? Berdasarkan rekaan, jeans flare cut lebih lebar.

4-Straight cut
Potongan jeans jenis klasik ini biasanya akan jatuh atau terletak pada garis pinggang. Straight cut akan kelihatan lebih langsing (slim) pada bahagian punggung dan paha. Apabila memakainya, ia akan menonjolkan potongan badan dan kaki kelihatan lebih panjang, serta lebih tirus sehingga bahagian
pergelangan kaki.

p/s sumber dan TIPS dari majalah maskulin sept 2009..beli jgn x beli...