
NAFSU
-Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
-Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
-Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
-Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
-Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
-Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.
Dah tau mane pintunye atau punca nafsu menjadi jahat, kita juga perlu tahu bagaimana caranya untuk mengawal dan mengelakkan daripada terjerat kepada nafsu jahat terbabit, antaranya:
-Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat. (bukan cam tutup pintu bilik tu...pikir sendiri k)
-Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.
-Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.
-Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
-Banyak bersedekah.
-Berkawan dengan orang miskin.
Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).
Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.