Translate
25 October 2009
Sunyi... Bosan... Keseorangan
bosan..... tiada teman di sekeliling
keseorangan.... hanya tuhan sebagai teman
14 October 2009
11 October 2009
BiLeR PeRasaN sEmpUrNa
Kemudian tanyakan kepada si dia, apakah faktor fizikal itu yang memikat hatinya? Jika anda masih solo, nah! Ini antara petanda yang dibawakan oleh ciri-ciri fizikal anda. jd ukur dan nilai sendiri personaliti anda
1. RAMBUT PANJANG
Lelaki berambut panjang sering kali dikatakan sebagai seorang yang romantik dan berjiwa lembut. Walau pun rambut panjang ala rocker sekali pun dan nampak macam ganas, namun anda miliki hati yang mudah retak (fragile) dan cukup mudah tersentuh. Ada wanita yang suka sekiranya pasangannya berambut panjang (asal tidak menyerupai wanita dan tersisir kemas) kerana ia bukan setakat nampak romantik tetapi juga seksi.
2. RAMBUT PENDEK ALA MILITARI
Tegas dan mungkin agak kasar. Itu seperti mana yang digambarkan berhubung dengan lelaki berambut pendek ala militari ini. Tetapi ada juga wanita yang sukakan gaya sebegini kerana ia seakan melambangkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki.
3. BOTAK
Nampak ganas dan jahat, itu hanya luaran saja. Don’t judge the book by it’s cover. Tetapi bagi sesetengah wanita, beranggapan lelaki botak sebenarnya memiliki sifat kelakian yang kental, tahan cabaran tetapi masih terselit kelembutan di dalam dirinya. Selalunya lelaki botak juga seorang yang manja!
4. BERKUMIS
Nampak lebih matang, ada ciri-ciri maskulin dan seorang yang mengambil berat. Tetapi lelaki berkumis juga sering kali dikatakan seorang yang manja dan tak lokek belaian. Untungnya wanita yang mendapat lelaki seperti anda!
5. BERMISAI
Wah! Macho tu bro! Kalau bermisai lentik, lagi nampak lebih ganas dan garang. Tetapi hakikatnya tidak bukan? Come on bro, buktikan yang anda juga seorang lelaki yang budiman dan menghargai orang lain.
6. KURUS
Lelaki kurus sering dikatakan memiliki kemahuan dalam seksual yang agak tinggi berbanding dengan lelaki berbadan tegap. Dan lelaki kurus juga memiliki tahap cemburu yang sukar untuk dibendung. Jaga-jaga, bro. Jangan sampai makan diri sendiri.
7. GEMUK ATAU BOROI
Anda dikatakan mempunyai sifat penyayang yang lebih, berfi kiran jauh dan matang mengendalikan hubungan berbanding dengan lelaki yang bertubuh sederhana atau kurus. Tak kiralah walau perut anda umpama wanita mengandung 5 bulan sekali pun, pasti kekasih anda akan berasa selamat berada di samping anda.
Sumber:- Maskulin oktober 09
10 October 2009
09 October 2009
BiLer RAmai SaNgaT TaNya...
ko marah aq ke...?
aq ade wat salah ke..?
aq ke yang besalah...?
jgn amik atie k... hahahaaha
04 October 2009
BiLer AmaRAh MemBuaK-bUak
Ayahanda dan Bonda sering berkata
berbuat baiklah kepada semua manusia
balasan jangan diminta-minta
kerana yang Maha Esa lebih mengetahuinya
Cuma
Aku sedikit keletihan dan kepenatan
Penat menjaga hati orang
Letih menjaga perasaan kenalan
hati kawan,
perasaan teman,
hatta hati musuh sekalipun
semuanya perlu dijaga
untuk hindari wujudnya amarah
agar tidak berbalah dan bertelagah
Cuma kadang-kadang terjentik juga rasa kecewa
dalam masa aku sibuk menjaga hati mereka
jarang sekali hati aku dijaga mereka
adakah mungkin terlupa?
atau ia sengaja dilupa?
Entahlah
Aku bukanlah hamba
yang ditugaskan hanya untuk menjaga perasaan mereka
aku manusia biasa
mungkin hanya kenalan,
kawan, teman, atau mungkin juga sahabat
yang juga ada perasaan
yang juga merasai kesakitan
Aku bukan mahu mengemis balasan
hatta diminta untuk disanjung dan dijunjung
tapi adakah menjadi satu kesalahan
jika terima kasih itu dituturkan
yang pastinya
akan mengeratkan lagi ikatan persahabatan
mengukuhkan lagi jalinan persaudaraan
karya:- Redapples.com
01 October 2009
BiLer OraNg JaUh PuLAnG MemBawa ONde-Onde
ingat dah x reti jalan pulang
biasa la org duk jauh..... suke2 hati je nak balik biler kan
ingat juga depa kat aq nie...
dpt jaket n key chain dari kahar n Ir
tq very much...
p/s t kalu balik ke sini g bawak pulau sipadan ke semenanjung k...


