Translate

10 February 2011

Sesawang ini BLOG....

Sangat lame x berblog... alasan?? macam biasa la malas menaip.. tp hari nie terasa nak menaip.. gatai tangan nie... Sem baru tahun akhir nie dah sebulan pn berlalu... Duit PTPtipu pn lmbat masuk sem nie... amat stress... biler dah masuk duit, sangat nak memboros je...(afend control ok!). Buat masa kini waktu puncak kegembiraan aq selama 6 Tahun melanjutkan pengajian bakal berakhir... walaupun detik dan ketikanya masih jauh (11 month) namun perasaan kasih dan sayang meninggalkan dunia pengajian dan pembelajaran harus di tempuh (ayat nak skema jeee...)

Suke duka, manis pahit, bersama rakan sekeliling membuatkan perasaan itu makin2 bertambah parah.. takkala aku bakal bergelar seorang Engineer yg memerlukan kecekalan dan ketabahn hati dalam membuat sebarang keputusan.. walaupun x de la ramai bebenor rakan disekeliling tetapi aq amat senang berkawan dengan sesiapa, andai di senyum, balasan senyuman diberi, andai di tegur, teguran diberi...

Mungkin segelintir yg tidak beberapa senang dengan perwatakan dan tingkah laku... tp x jadi masalah bg aq.. bak kata romate aq (AAK) cari la sendiri ye..... even yg sekali setiap sem baru bertegur pn ade... bukannye nak menyombong, mungkin ketidak serasian dan ketidak-Ngaman kot...huhu... sangat mengarut.. mungkin aq nie jenis pendiam, tp biler dah kawan haaa baru tau siapa si normah becok(bak kate habib).. x kesah la gelaran ape pn di beri yg penting benda2 macam nie akan mengingatkan dan memberi seribu kenangan yg amat bernilai untuk aq pada masa akan datang...

Buat Semua, Salam Februari

16 January 2011

Penyelarasan kalender akademik IPTA secara berperingkat

Terbelik-belik la cuti sem baru nie.... skali jumpa ini da... amat bercanggah dengan jadual baru sem 1 2011/2012 http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/133/160/lang,en/ yg mane betul pn tak tau la... tolong beri penjelasan cikit....


PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014. Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa. Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar. “Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. “Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata penyelarasan ini juga membolehkan pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa.


Justeru, katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan. Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011. “Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos,” katanya.


Bagi pelajar lama katanya pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar terbabit wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011. Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 Sept, 2013 dan pelajar lama pada 9 September. Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka. “Penyelarasan ini sekali gus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian,” katanya. Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau “Fasa Pengukuhan” yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015.


SUMBER - BERNAMA

10 January 2011

Melaka TRip 2010 part 2

Lambat update diesebabkan:-

Malas, Malas, Malas... Tenet x de... Kemas umah... n macam2...huhuhu

#continue perjalanan percutian d Melaka

2nd day 26hb-12-2010

Sarapan pagi then terus bergerak kluar ke Bandar melaka destinasi yg dituju Menara Taming Sari, Melaka Cruise, tempat2 bersejarah, shopping, dll. Makan tengahari kat tempat biasa 1st day datang.

Petang Mandi Swimming pool tp x best sebab ramai... tgk anak buah je mandi... suka sangat depa... x pat masuk Wonderland Swimmingpool pn jadilah...

Malam x de aktiviti masing2 melayan Bola Malaysia Vs Indon sambil menikmati KFC... keletihan masing2 berjalan dibawah terik mentari kot pagi tu...

3rd day 27hb-12-2010

Hari terakhir... lambat cikt turun sarapan... sbb nak terus Check-out dalam kul 930 cam tu... teruss ke zoo melaka. kalu g melaka nie x sah kalu x ke zoo.... pe yg best tah... tp ok la dapt aq naik kuda...huhu

Jam 130 ptg kami bertolak pulang.. makan tengahari kat R&R ayer keroh... pastu masing2 membawa diri pulang ke halaman masing2.. yg aq nie... perkara pertama nak buat sampai je umah... O9 la... huhuhu

p/s Next trip family vacation - next year 2011 Cherating n Kelantan( utara)...insya-Allah









2nd day



3rd day

30 December 2010

Melaka TRip 2010 part 1

Tahun 2010 melabuhkan tirainya x sampai 1 hari je lagi... cepat je 2010 nak pergi.. datang pulak 2011.. Berlabuhnya tahun 2010 kali nie dengan percutian keluarga yg x berape nak jauh.... kiranya dalam sehari tu boleh ulang alik 10 kali lah... yelah Melaka-Seremban je pun... tapi kira ok la bukan slalu dapat gathering ngn family together-gether...

Percutian Kali nie dianggotai oleh mereka yg telah ber-family, bujang dan warga emas...
1. Family kakyong -5
2. Family kakNyah -4
3. Family Kakak -2
4. Warga Emas -2
5. Bujang taratatak -3
so jumlah semunye 16 orang... xde la ramai... tp itu pn dah memeningkan kepala dgn telatah ank buah yg pelbagai.....

1st day 25hb-12-2010
Pagi tu lebih kurang kul 830 pejumpaan pertama di highway kawasan rehat Pedas. menunggu ketibaan pesangan diraja Pedas,Senawang,Selangor kami yg bujang2 nie bergerak bersama ayahanda dan bonda tercinta kul 8 dah sampai... ish.. perut tgh lapo time tu.. Sesampainye mereka, bersarapan lah kami disitu dengan juadah yg banyak dibawa oleh pasangan-pasangan diraja (sister2 ku)

Terus bergerak ke Melaka Wonderland... punya la ramai manusia... padahal baru pukul 10... mcm org nak g tgk perlawanan bola piala AFF la pulak raminya.. rancangan diubah.. tiada wonderland... so back to nature, mandi la laut... nasib la melaka nie ade lautnye, walaupun kecik...kalu x silap namanya Tanjung Bidara kot...

Setelah penat mandi Kami makan Tengahari di Ayer Keroh betul2 belakang zoo n berhampiran tasik Yg x berapa nak besar, naik boat sebentar, playground untuk anak2 n checkin hotel lebih kurg pukul 4pm x silap..

Makan Malam di Umbai di tepi kuala sungai, banyak boat2 nelayan kat citu... org kate nelayan kuar malam subuh baru balik... ade je terdengar bunyi engine2 boat dihidupkan, menu masakan semunya bakar2...



bersuke ria d'pantai tanjung bidara.. destinasi backup


naiki boat tasik ayer keroh

ikan bakar n segala bakar x sempat nak snap dah abis di baham kami

makan malam kat umbai perkampungan nelayan

Kawad KiRi KaNaN RMC





Rasenye dah seminggu kot berlalu cerita nie... nak wat camnekan asyik delay je... malas tol nak menaip... tp pagi nie tetiba rajin bebenor... semangat tahun baru kot.. 23hb-12-2010 tarikh dimana tamatnye sesi persekolahan adik bongsuku yg sorg nie... Eleh baru abis form 5 kecoh giler... nak wat camne... dielah satu2nye dalam fmily ku dpt masuk sekolah elit... elit la sngat... :)

seawal jam 5 aku dikejutkan... argh!!! ngntuk tu... nak wat camne nak kene ade kat sek die be4 kul 7 pg... nak x nak kene la bngun... sesudah subuh aq bersama bonda tercinta keluar rumah.. sampai tepat kul 7... kira laju gak la aq drive... abah x ikut ade urusan yg perlu di settlekan... x pe dpt tgk gambar anak kesayangan die nie pun dah ok...huhuh...

Suasana kat sekolah die nie dah macam org abis grad la pulak... padahal baru je abis SPM... nak wat camne sek berteraskan tentera, caring die lebih sikit... disebabkan keputusan percubaan SPM yg agak membanggakan... hopefully ianya dpt di kekalkan untuk keputusan sebenar SPM kelak... AMIN....


Pemeriksaan perbarisan oleh Panglima Angkatan Tentera





18 December 2010

Bermula dengan ...... Akhlak YanG TerBaik.....

Hari nie terbaca salah satu koleksi majalah maskulin... terperasan tentang satu ruangan nie... Contohi Akhlak Rasulullah

Hidup kita akan lebih terpuji sekiranya kita punyai role model .. bagi umat islam atau sesiapa saje, Rasulullah merupakan role model yang paling unggul untuk kita ikuti. Rasulullah bersabda "orang yang paling aku cintai dan paling terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang terbaik akhlaknya." Riwayat Bukhari.

Jadi terfikir sejenak ade ke akhlak2 terpuji Rasulullah yang ade pada aku... @ hanya ada dan tidak diaplikasikan.

1-SABAR
Menahan diri dari mengikut kehendak hati @ perasaan buruk, menahan melakukan kejahatan dan sanggup berusaha untuk mendapatkan kebaikan. Malah Ali Abu Talib ade menyebut."iman itu didirikan dia atas empat tinag: yakin,sabar,jihad,adil"

2-MEMAAFKAN
Sukar rasenye jika ingin memaafkan seseorang jika prbuatannya melukakan dan menyakitkan hati... namun sebagai umat islam sifat itu menunjukan ciri muslim yang sebenar, ini juga sifat Rasulullah yang wajib di contohi. Allah berfirman surah al-A'raf:199, "Ambillah jalan kemaafan, suruhlah berbuat kebaikan serta jangan hiraukan orang yang jahil(yang degil dengan kejahilannya)"

3-MALU
Memiliki sifat malu menjadikan manusia itu lebih takut untuk melakukan perkara yang di tegah Allah. Jika sifat ini terbentuk manusia akan takut untuk melakukan perbuatan terlarang seperti menjaga perkataan, aurat, budi pekerti dan kelima2 pancaindera. Malu manusia bukan hanya pada Allah tetapi pada kedua ibu bapa, pasangan,keluarga serta orang ramai, apatah lagi yg bukan mahram, dan perasaan malu ini lah yang akan sentiasa menjaga pertuturan dan perbuatan bebas manusia.

4-PEMURAH
Pemurah bukan sahaja bersedia menghulurkan sesuatu dalam bentuk fizikal tetapi juga mestilah dalam bentuk perhatian, kasih sayang dan prihatin. Lawannya pemurah nie Bakhil. untuk jadi seorang yang permurah pengorbanan dan sifat mengasihi perlu ada dalam diri manusia. Amalan berzakat merupakan contoh terbaik yang di tuntut dalam islam.

5-MENGUTAMAKAN ORANG LAIN
Mengutamakn org lain berbanding diri sendiri adalh sifat yg amat mulia asalkan kita tidak mengabaikan keperluan asas diri sendiri. Keperluan org lain, terutama org yg rapat dengan kita seperti ayah dan ibu, pasangan dan anak2, wajib diberi keutamaan. Semuanya adalah ibadah kita terhadap Allah.

6-BERCAKAP HANYA YANG BAIK
Antara dosa yg wajar kita elakkan adalah dosa mulut @ berkata-kata perkara yg boleh menjurus kepada lembah kehancuran. Lebih baik diam dari berkata perkara yg x elok, elakkan umpatan, fitnah, mendedahkan keaiban org, bertengkar @ menceritakan rahsia org lain. sebaliknya banyakkan zikir, istifar dan bercakap tentang perkara yg manfaat kerana itu akan mendamaikan jiwa kita.

7-ADIL TERHADAP DIRI SENDIRI
Adil bermakna meletakkan sesuatu yg hak di tempat yg betul. keadilan merupan ciri2 keperibadian islam yg sebenar. ia membawa kepada hidup yg matang, tenang dan damai. Perlu berlaku adil pada diri sendiri, dan org lain.

8-BERBAIk SANGKA
Berbaik sangka adalah sifat yg benar2 baik, apatah lagi sifat ini memanjangkan silaturahim, ia akan memyebabkan kita sentiasa disayangi, memadamkan api dendam dan jiwa akn senantiasa tenang. Beburuk sangka akan menyebabkan hati ini sentiasa sakit, jiwa x tenang dan akhirnya memutuskan tali silatulrahim.
9-RINGAN TANGAN
Sentiasa bersedia utk meghulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kewangn tidak berkemampuan, cukup sekadar menghulurkan kudrat dan tenaga, jika tidak mampu dengan tenaga, bantulah dengan kata2 semangat, @ jika tidak mampu juga berdoalah untuk kesejahteraan @ diringankan beban org berkenaan.

10-SERBA SEDERHANA
Menjalani kehidupan serba sederhana merupakan Jalan terbaik. Tidak perlu menunjuk-nunjuk @ beritahu org lain akan kelebihan diri yg kita miliki, tidak kira samada harta atau ilmu.

Cukupkan akhlak aq untuk aq menjaga dan memimpin di masa akan datang... Ruang dan masa amat diperlukan ketika ini untuk membaiki diri agar kehidupan mendatang menjadi mudah... bile kah itu...?? hanya Masa dan Takdir yg akan menentukannya... kesabaran dan penantian mungkin hanya satu tanda tanya untuk jawapan yg belum pasti.....

15 December 2010

SelAmAt TinGGal Kelisa.....

K031-K136-fkaas student-

Gud Bye kelisa...Welcome to rumah sewa... next sem
walaupun kediaman ini merupakan rumah kedai yg di renovate menjadi kediaman pelajar.. not bad la.. ade TV ade washing machine... boleh curi2 masak lagi dalam rumah.... sory makcik cleaner yg sentiasa bengkek je ngan bebudak umah kami...

menanti steamboat masak en rodi kite nie....

Nak dijadikan cerita... tamat je Exam baru2 nie 9.12.10 kami telah berpesta, kiranye nak celebrate menandakan exam dah abis + malam hari terakhir di Kelisa.
bukan parti liar ok just makan2 hasil duit rompakan..eh x la duit pungutan...


Tengok la... bertapa tamaknye budak tu makan.... ish3, sedap beb steamboat tomyam+sup puas makan sampai x abis... aktiviti nie sbnrnye dah dibuat sem lepas kt kolej tdi, sem nie kt kelise, sem akan dtg umh sewa plak jd mangsa...kite tgk umh sape kene :)

Macam mana la makcik cleaner x ngamuk... asal pagi je mesti bersepah... ala makcik tu pun nak cuci tandas sebulan skali... so kitorg bg keje lebih ckit kt makcik tu... walaupun tempat sempit namun makan merupakan topik utama ketika itu... ade la suara2 sumbang 'bila la aq nak 2nd round nie' relax bro bnyk g mknn tu...


Malam tu jugak salah sorg dari housemate aq nie nak ke UK-London industrial Atachment (UEL).. org sibuk masak n makan.. die duk mengemas... flight kul 5 pagi katenye tp dari Singapore.. tu yg kene gerak ke Singapore malam tu... skunk nie tengah enak die disane melayan awekz2 mat salleh di sane... very the vookkk katenye... x nak mintak lebih dapt bawak balik snowman dah kira ok... huhuhu.. final year aq dan rakan2 penentu masa depan kami sebagai seorang engineer... chaiyok geng!!..