Translate

21 October 2012

Tertarik

Dear future wife...
assalamualaikum awak..

ekceli saya rasa susah sangat nak buat surat ni. saya terpaksa tolak tepi ego sebagai seorang lelaki lelaki ohsem taknak sentuh bab bab hati ni. tapi tu lah, manusia kan. kang kalau kata xberperasaan, apa pulak.

sorilah tak mention nama awak dan saya tak kesah pon. yang penting, saya kena ingat dan hafal nama penuh awak. ye,sekali ngan nama ayah awak. sebab nanti tak lah gagap saya nak ucap akad nikah nanti. kan?

Dear my future wife,
masa saya tulis surat ni kan, saya sebenarnya mencari cari awak. saya tak tau awak ni sape, awak ni cane. tak tau. benar tak tau. saya terai la pakai GPS. undetected. saya terai Google. tapi serupa bodoh gila cari awak dalam Google.memang tak jumpa. so cane la nak cari awak. lelah tahu mencari. mengah. mungkin awak pon tengah cari saya. macam main sorok sorok pulak.

tapi thanks sangat sebab bila awak baca surat nih, saya dah jumpa awak. thanks sebab tak menyorok dah. thanks sebab da muncul. masa awak baca nih, saya nak awak tau. tolonglah jangan menyorok lagi. letih saya cari awak. sorilah yer. saya tak kan biar awak terlepas lagi. sebelum ni, maybe ALLAH sengaja bagi saya tak jumpa awak sebab saya belom ready. then bila saya dah jumpa, Allah serah pada saya jangan kasi lepas. terima kasih awak.

dear future wife,
mungkin awak pena bercinta sebelum jumpa saya kan? saya pena bercinta dgn orang lain sebelum jumpa awak. and dah banyak kali dah rabak hati ni keciwa. saya kan, sampai give-up taknak dah pikir pasal cintan cintun nih. ni taim saya tulih surat ni, hati ni still ada sisa bengkak dulu. sebab tu la ego ni tebal sket pasal bab hati nih. sebab luka dulu lah. tapi kan, taim taim give-up tu lah, tup tup. awak muncul. and semacam satu penawar ALLAH bagi. memang penawar pon. saya tak tau nak kata apa taim tu. taim saya dah yakin awak jodoh saya, taim tu saya bersyukur sangat. saya senyum sorang serupa orang gila sambil ingat awak. siap sebut lagi, "hai jodoh". lucu? tapi betui tau. tak tipu.tak tipu.

dear future wife,
maybe awak ingat saya ni jenis yg suka gugurl yang gojes-gojes macam model model tu. betul. jujur saya cakap saya suka. macam awak la kan, takkan ler tak suka lelaki yang handsome handsome tu? yang taf taf, muka cam retiss. takkan tak suka. dan once upon a time, mesti awak penah pikir pasal bakal suami awak kan? kompem la awak letak spek dan ciri2 yang power2. nak yg hansem,kaya,bijak dan macam macam lah. saya pon mcm tu gak wak. saya punya ciri2 wanita pilihan jgn cakaplah. mesti mcm spesifikasi yg awak nak pada bakal suami awak,power dan mantap.

tapi kan, kita ni hanya mampu plan je. masa saya jumpa awak kan, saya teringat balik ciri-ciri wanita idaman saya tu. terus terang, memang ada yang tak sama. tapi manusia ni mana la dok ada yg perfek kan. kalau dah kata jodoh, tu lah yang terbaik untuk kita. kalau ada yang buruk tu,terima jelah. itu yang mama saya ajar. so kan, saya amek list ciri ciri idaman wanita saya tu, saya padam ciri ciri tu, saya tulis satu je. AWAK.

dear future wife,
sebelum ni, saya ni susah sikit nak terima kelemahan diri orang lain. betul ni. dan saya ni ada little bit of temper cket. cket jer tau. tapi bila dah jumpa awak, saya tahu sesuatu. stat dari saat tu saya kene belajar terima kelemahan orang. susah la tapi kene buat. yg temper tu, saya da boleh kawal. owh,lupa. saya ni jenis yg suka merepek sket. ramai kawan2 saya ckp saya ni suka melawak dan merepek. hee. memang saya mcm tu. sbb bila saya jadi serius kan, muka mcm inkredebel hulk. mula nak datang temper tu. lagipun, awak suka lelaki humor kan. kan? kan? kan?

dear future wife,
zaman skang ramai org ad pesbuk. dan bila pesbuk ni,tmpat nak tayang gambar lelawa tu . bab lawa melawa ni kan. boleh saya request sesuatu dari awak? tolong jangan post gambar banyak2 boleh? saya tau awak lawa punya. tapi kan,lawa oghang pompuan tu takkan Tuhan bagi semata nak tayang kat pesbuk? kompem org akan puji and like gambar gojes awak. tapi agama cakap kan, kecantikan seorang wanita tu, spesial untuk suami dia je. tu yg saya nak mintak tolong awak tu. jeles? op kos la beb. cemburu tu bukan sebab sayang. tapi taknak la nanti depan Tuhan nanti kita kantoi. dah awak sangkut,dengan saya sekali kena balun. sayang awak.sayang tengok kulit awak yg cerah dan licin, yg awak selalu taruk losyen berbotol botol tu, kene jilat ngn api neraka. sayang. muka awak yg selalu suka tatap tu, pipi awak yg saya geram nak cobit cubit tu,hitam legam kena bakar. sakit woo azab Tuhan tu.

dear future wife,
banyak lagi nak cakap ni. tapi nanti lah. takut awak boring plak. ape pun, terima kasih sebab sudi datang dalam hidup saya yang tak ohsem ni. serius, kedatangan awak buat hidup saya jadi ohsem. terima kasih la sebab sudi lengkapkan hidup saya. betul tau. awak betul betul lengkapkan hidup saya. satu penghormatan bagi saya sebab awak sudi terima saya. saya taknak expect ape ape dari awak. cuma sama sama kita buat yang terbaik. saya bukan hebat sangat pon. saya nak awak teman saya hidup sampai mati, dan jadi pendamping saya kat syurga nanti. boleh kita sambung maen enjit enjit semut ngan sep sep tom tom. kan? kalau dulu saya tido sensorang, takde bantal busuk. nanti, awak lah bantal busuk saya. nak bawak bantal busuk tu taim tido dalam syurga nanti. ketua bidadari tu, saya dah booking siap siap utk awak dah.

dear future wife,
dan untuk semua itu, saya bersyukur. dari Tuhan awak datang pada saya. sama sama kita hidup ikut agama yer. ok la. need to go. ehem ehem. I LOVE YOU.

P/s dicilok copy n paste menerusi blog... Sape yerk lupe.. Klu tuan blog terbaca mohon d maafin...