Translate

10 December 2011

Cambodia Part 2

01/12/2011

Program bersama masyarakat kampung chroy metrey phnom penh merupakan pengalaman yang amat2 berharga dan ia merupakan program pertama yang aq ikuti sepanjang pengajian di UTHM.. Diberi peluang untuk menyertainya merupakan pengiktirafan tertinggi buat aq dan rakan2... walaupun negara yang terpilih sekitar asia tenggara (cambodia) dan bukannya europah @ middle east tetapi ia memberi berjuta-juta pengalaman yang berharga buat aq...

Ketibaan kami di sambut ajk masjid penduduk kg dan kanak2 yg begitu teruja melihat kehadiran kami... mereka seperti mengharapkan sesuatu dari kami, dan ketika itu senyuman yg hanya boleh diberi... :)

Kami terus dibawa ke belakang masjid untuk majlis meramah mesra dan pengagihan keluarga angkat... berlatarbelakangkan sungai mekong.. persekitarannya memberi gambaran sebenar kehidupan masyarakat islam di kampung chroy metry... bertapa bersyukurnya aq tinggal di bumi Malaysia dalam masa yang sama berasa simpati kepada mereka saudara seislam...


Selesai berbincang dan sedikit taklimat dari pengarah program, kami diberi kepada keluarga angkat masing-masing semua dah x sabar... hurm harap bolehlah dieorg nie bertutur dalam bahasa melayu @ inggeris... setiap keluarga angkat akan mengambil 2 org peserta... aq dan cikang sebagai pasangan...

Masa ketika itu menghampiri maghrib.... x sempat nak buat apa2... balik umah keluarga angkat mandi-mandi, solat dan di beri makan malam.. sempat juga berkenalan dengan org2 kampung... disapa oleh cikgu Qamaruddin dalam bahasa inggeris... orgnya sangat baik.. siap tolong bawak ke kedai hujung kg semata2 aq nak cari sepasang seliper... alih2 seliper tu tertinggal kat sane... cikgu kamaruddin merupakan guru b. inggeris di C.I.C.... cambodia islamic centre... seringkali die mengajak aq dan rakan ke CIC kerana pelajar2 disana begitu teruja ingin bertemu dengan kami... namun di sebbkan jadual aktiviti yang padat hasrat tersebut terpaksa kami lupakan... mungkin lain masa dan ketika kami akan kesana...

#C.I.C merupakan sekolah agama untuk pelajar lelaki di cambodia yang juga diajar subject B.Ingeris, math, sejarah, dll....

Makan malam kami disertai oleh suhana dan ayu (peserta program) maknyenye kami makan berempat dan keluarga angkat...


Lepas makan, borak2 kejap... jumpe nasir dan adiknye (jiran sebelah) borak lagi .... pastu baru masuk tidor... oh lupe rumah yg kami duduk nie berlampukan kuasa generator... so satu umah 1 lampu jer.. kul 9 slalunye dah gelap kg tu... disebabkan kami maka terpaksalah tuan rumah sediakan bateri kereta dan di letakkan kat dalam umah tu untuk aq n cikang caj bateri handphone, camera n laptop... jadi segan plak.. huhuh pastu kami tidur dengan berlantaikan tikar, bantal kecik dan selimut serta kelambu.. malamnya sangat sejuk....

Besoknye kami ade program bersama orang kampung dan pelajar perempuan sek agama...

to be continue.....






5 comments:

Anonymous said...

so sweet cikang
nak pic u bagi gula2.....

Anonymous said...

ni program jalan2 ke?

Unknown said...

bukan full jalan2... ade misi penting... memmbantu dan memberi galakan... bile dah kat sane mesti lah nak jalan2 jugak... x kan nak duduk kg jer... x gitu... yg penting matlamat tercapai..

Anonymous said...

eh ada mention nama ak n suhana ye...tima kasih ye..heheh

NN said...

bagus la misi anda