Translate

30 December 2010

Melaka TRip 2010 part 1

Tahun 2010 melabuhkan tirainya x sampai 1 hari je lagi... cepat je 2010 nak pergi.. datang pulak 2011.. Berlabuhnya tahun 2010 kali nie dengan percutian keluarga yg x berape nak jauh.... kiranya dalam sehari tu boleh ulang alik 10 kali lah... yelah Melaka-Seremban je pun... tapi kira ok la bukan slalu dapat gathering ngn family together-gether...

Percutian Kali nie dianggotai oleh mereka yg telah ber-family, bujang dan warga emas...
1. Family kakyong -5
2. Family kakNyah -4
3. Family Kakak -2
4. Warga Emas -2
5. Bujang taratatak -3
so jumlah semunye 16 orang... xde la ramai... tp itu pn dah memeningkan kepala dgn telatah ank buah yg pelbagai.....

1st day 25hb-12-2010
Pagi tu lebih kurang kul 830 pejumpaan pertama di highway kawasan rehat Pedas. menunggu ketibaan pesangan diraja Pedas,Senawang,Selangor kami yg bujang2 nie bergerak bersama ayahanda dan bonda tercinta kul 8 dah sampai... ish.. perut tgh lapo time tu.. Sesampainye mereka, bersarapan lah kami disitu dengan juadah yg banyak dibawa oleh pasangan-pasangan diraja (sister2 ku)

Terus bergerak ke Melaka Wonderland... punya la ramai manusia... padahal baru pukul 10... mcm org nak g tgk perlawanan bola piala AFF la pulak raminya.. rancangan diubah.. tiada wonderland... so back to nature, mandi la laut... nasib la melaka nie ade lautnye, walaupun kecik...kalu x silap namanya Tanjung Bidara kot...

Setelah penat mandi Kami makan Tengahari di Ayer Keroh betul2 belakang zoo n berhampiran tasik Yg x berapa nak besar, naik boat sebentar, playground untuk anak2 n checkin hotel lebih kurg pukul 4pm x silap..

Makan Malam di Umbai di tepi kuala sungai, banyak boat2 nelayan kat citu... org kate nelayan kuar malam subuh baru balik... ade je terdengar bunyi engine2 boat dihidupkan, menu masakan semunya bakar2...



bersuke ria d'pantai tanjung bidara.. destinasi backup


naiki boat tasik ayer keroh

ikan bakar n segala bakar x sempat nak snap dah abis di baham kami

makan malam kat umbai perkampungan nelayan

Kawad KiRi KaNaN RMC





Rasenye dah seminggu kot berlalu cerita nie... nak wat camnekan asyik delay je... malas tol nak menaip... tp pagi nie tetiba rajin bebenor... semangat tahun baru kot.. 23hb-12-2010 tarikh dimana tamatnye sesi persekolahan adik bongsuku yg sorg nie... Eleh baru abis form 5 kecoh giler... nak wat camne... dielah satu2nye dalam fmily ku dpt masuk sekolah elit... elit la sngat... :)

seawal jam 5 aku dikejutkan... argh!!! ngntuk tu... nak wat camne nak kene ade kat sek die be4 kul 7 pg... nak x nak kene la bngun... sesudah subuh aq bersama bonda tercinta keluar rumah.. sampai tepat kul 7... kira laju gak la aq drive... abah x ikut ade urusan yg perlu di settlekan... x pe dpt tgk gambar anak kesayangan die nie pun dah ok...huhuh...

Suasana kat sekolah die nie dah macam org abis grad la pulak... padahal baru je abis SPM... nak wat camne sek berteraskan tentera, caring die lebih sikit... disebabkan keputusan percubaan SPM yg agak membanggakan... hopefully ianya dpt di kekalkan untuk keputusan sebenar SPM kelak... AMIN....


Pemeriksaan perbarisan oleh Panglima Angkatan Tentera





18 December 2010

Bermula dengan ...... Akhlak YanG TerBaik.....

Hari nie terbaca salah satu koleksi majalah maskulin... terperasan tentang satu ruangan nie... Contohi Akhlak Rasulullah

Hidup kita akan lebih terpuji sekiranya kita punyai role model .. bagi umat islam atau sesiapa saje, Rasulullah merupakan role model yang paling unggul untuk kita ikuti. Rasulullah bersabda "orang yang paling aku cintai dan paling terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang terbaik akhlaknya." Riwayat Bukhari.

Jadi terfikir sejenak ade ke akhlak2 terpuji Rasulullah yang ade pada aku... @ hanya ada dan tidak diaplikasikan.

1-SABAR
Menahan diri dari mengikut kehendak hati @ perasaan buruk, menahan melakukan kejahatan dan sanggup berusaha untuk mendapatkan kebaikan. Malah Ali Abu Talib ade menyebut."iman itu didirikan dia atas empat tinag: yakin,sabar,jihad,adil"

2-MEMAAFKAN
Sukar rasenye jika ingin memaafkan seseorang jika prbuatannya melukakan dan menyakitkan hati... namun sebagai umat islam sifat itu menunjukan ciri muslim yang sebenar, ini juga sifat Rasulullah yang wajib di contohi. Allah berfirman surah al-A'raf:199, "Ambillah jalan kemaafan, suruhlah berbuat kebaikan serta jangan hiraukan orang yang jahil(yang degil dengan kejahilannya)"

3-MALU
Memiliki sifat malu menjadikan manusia itu lebih takut untuk melakukan perkara yang di tegah Allah. Jika sifat ini terbentuk manusia akan takut untuk melakukan perbuatan terlarang seperti menjaga perkataan, aurat, budi pekerti dan kelima2 pancaindera. Malu manusia bukan hanya pada Allah tetapi pada kedua ibu bapa, pasangan,keluarga serta orang ramai, apatah lagi yg bukan mahram, dan perasaan malu ini lah yang akan sentiasa menjaga pertuturan dan perbuatan bebas manusia.

4-PEMURAH
Pemurah bukan sahaja bersedia menghulurkan sesuatu dalam bentuk fizikal tetapi juga mestilah dalam bentuk perhatian, kasih sayang dan prihatin. Lawannya pemurah nie Bakhil. untuk jadi seorang yang permurah pengorbanan dan sifat mengasihi perlu ada dalam diri manusia. Amalan berzakat merupakan contoh terbaik yang di tuntut dalam islam.

5-MENGUTAMAKAN ORANG LAIN
Mengutamakn org lain berbanding diri sendiri adalh sifat yg amat mulia asalkan kita tidak mengabaikan keperluan asas diri sendiri. Keperluan org lain, terutama org yg rapat dengan kita seperti ayah dan ibu, pasangan dan anak2, wajib diberi keutamaan. Semuanya adalah ibadah kita terhadap Allah.

6-BERCAKAP HANYA YANG BAIK
Antara dosa yg wajar kita elakkan adalah dosa mulut @ berkata-kata perkara yg boleh menjurus kepada lembah kehancuran. Lebih baik diam dari berkata perkara yg x elok, elakkan umpatan, fitnah, mendedahkan keaiban org, bertengkar @ menceritakan rahsia org lain. sebaliknya banyakkan zikir, istifar dan bercakap tentang perkara yg manfaat kerana itu akan mendamaikan jiwa kita.

7-ADIL TERHADAP DIRI SENDIRI
Adil bermakna meletakkan sesuatu yg hak di tempat yg betul. keadilan merupan ciri2 keperibadian islam yg sebenar. ia membawa kepada hidup yg matang, tenang dan damai. Perlu berlaku adil pada diri sendiri, dan org lain.

8-BERBAIk SANGKA
Berbaik sangka adalah sifat yg benar2 baik, apatah lagi sifat ini memanjangkan silaturahim, ia akan memyebabkan kita sentiasa disayangi, memadamkan api dendam dan jiwa akn senantiasa tenang. Beburuk sangka akan menyebabkan hati ini sentiasa sakit, jiwa x tenang dan akhirnya memutuskan tali silatulrahim.
9-RINGAN TANGAN
Sentiasa bersedia utk meghulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kewangn tidak berkemampuan, cukup sekadar menghulurkan kudrat dan tenaga, jika tidak mampu dengan tenaga, bantulah dengan kata2 semangat, @ jika tidak mampu juga berdoalah untuk kesejahteraan @ diringankan beban org berkenaan.

10-SERBA SEDERHANA
Menjalani kehidupan serba sederhana merupakan Jalan terbaik. Tidak perlu menunjuk-nunjuk @ beritahu org lain akan kelebihan diri yg kita miliki, tidak kira samada harta atau ilmu.

Cukupkan akhlak aq untuk aq menjaga dan memimpin di masa akan datang... Ruang dan masa amat diperlukan ketika ini untuk membaiki diri agar kehidupan mendatang menjadi mudah... bile kah itu...?? hanya Masa dan Takdir yg akan menentukannya... kesabaran dan penantian mungkin hanya satu tanda tanya untuk jawapan yg belum pasti.....

15 December 2010

SelAmAt TinGGal Kelisa.....

K031-K136-fkaas student-

Gud Bye kelisa...Welcome to rumah sewa... next sem
walaupun kediaman ini merupakan rumah kedai yg di renovate menjadi kediaman pelajar.. not bad la.. ade TV ade washing machine... boleh curi2 masak lagi dalam rumah.... sory makcik cleaner yg sentiasa bengkek je ngan bebudak umah kami...

menanti steamboat masak en rodi kite nie....

Nak dijadikan cerita... tamat je Exam baru2 nie 9.12.10 kami telah berpesta, kiranye nak celebrate menandakan exam dah abis + malam hari terakhir di Kelisa.
bukan parti liar ok just makan2 hasil duit rompakan..eh x la duit pungutan...


Tengok la... bertapa tamaknye budak tu makan.... ish3, sedap beb steamboat tomyam+sup puas makan sampai x abis... aktiviti nie sbnrnye dah dibuat sem lepas kt kolej tdi, sem nie kt kelise, sem akan dtg umh sewa plak jd mangsa...kite tgk umh sape kene :)

Macam mana la makcik cleaner x ngamuk... asal pagi je mesti bersepah... ala makcik tu pun nak cuci tandas sebulan skali... so kitorg bg keje lebih ckit kt makcik tu... walaupun tempat sempit namun makan merupakan topik utama ketika itu... ade la suara2 sumbang 'bila la aq nak 2nd round nie' relax bro bnyk g mknn tu...


Malam tu jugak salah sorg dari housemate aq nie nak ke UK-London industrial Atachment (UEL).. org sibuk masak n makan.. die duk mengemas... flight kul 5 pagi katenye tp dari Singapore.. tu yg kene gerak ke Singapore malam tu... skunk nie tengah enak die disane melayan awekz2 mat salleh di sane... very the vookkk katenye... x nak mintak lebih dapt bawak balik snowman dah kira ok... huhuhu.. final year aq dan rakan2 penentu masa depan kami sebagai seorang engineer... chaiyok geng!!..



14 November 2010

Salam Exam & Aidil Adha

Di sebabkan masa sekarang adalah masa untuk mengulangkaji pelajaran maka-nya ucapan heri raya ini diawalkan 3 hari

Selamat Menjalani ibadah korban untuk tahun ini


Kepada rakan yang bakal menghadapi exam minggu depan, ucapan gud luck untuk anda. Kiranya lebih kurang 365hari kita bakal bergelar jurutera so do da best.... chaiyok..

12 November 2010

Tenteramkah Jiwa ini...

Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.

Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.

Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.

Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.

Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'

Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.

Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.

Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ?kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.

Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.

Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).

Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.

Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.

Tuhan berfirman: Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman! (Surah Al Fath: Ayat 4). Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.

Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.

09 November 2010

MeLawaT TemAn

Assalammualaikum

Ruang Masuk ke bilik ICU kamal

Akhirnya dapat jua aq bersama beberapa teman melawat kamal di Hospital Sultanah Aminah JB. Walaupun sebenarnye niat untuk melawat adalah semalam(isnin) namun disebabkan kekangan waktu dan kelewatan sampai ke parit raja ditambah dengan keadaan kamal yang baru menjalani 2nd operation membantutkan perjalan kami. Tepat jam 10.00 pagi kami bergerak ke hospital dan tiba pada pukul 12.30. Melihat kepada keadaan kamal sebak hati ini mengatakan... Ya Allah pulihkanlah kamal seperti sediakala...

Sempat jugak betegur dengannya namun die kelihatan letih dan tidak bermaya. kebanyakan masanya hanya memejamkan mata. Gambar disebelah ini merupakan kad ucapan yg disiapkan dalam keadaan yang kelam kabut bersama ir...nak kasi buah, dr. x bagi makan lg... nak bgi bunga cam romantik sangat plak... bagi kad jelah... sebelum pulang sempat jua die bersalaman dengan kami.. tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat die kembali sihat seperti sediakala... Insya-Allah


p/s moga-moga tuhan melindungi kami semua dari malapetaka yang tidak diingini

06 November 2010

Old @ nAk mAnJe-MaNjE

Wahai En. notebook kenape sekarang engkau membuat perangai.. tnggu la lg setahun... dh x lame dah tu... berilah kesempatan untuk aq menggunakan khidmat mu... kau amat berjasa semenjak kita mula bersua muka dari tahun 2007. x kesah la ko tua ke nak manja2 ngan aq ke.. tp please jgn buat perangai sekarang ok... :)

*x leh detect wiFi.... argh!!!!!!!

05 November 2010

KeMbAli Beraksi & BeRiTa MeNyEdiHkaN


Lama rasenye jari jemari ini tidak menaip gosip2 terbaru..."gosip kew??".. bukan bermaksud ingin terus melupakan dunia blogger ini, tetapi kekangan masa dan kemalasan melanda jiwa dan raga membuatkan hasrat dan niat untuk merencana cerita di dalam ini blog terbantut.. kini setelah hampir 2 bulan menyepi tanpa sebarang berita, aku kembali beraksi, kali ini tiada post yang menjaga hati dan perasaan. Yang ada kini adalah luahan hati yang suci dan telus yang akan membuatkan "tams-ismail" merasa seakan-akan ingin menikam diri ni dengan sebatang pen carera... huhuhu...



Pagi tadi tepat jam 7.00am aku dikejutkan dengan bunyi sms yang menyatakan "kamal xcident".. biar betik, semalam sempat aq bergurau dengan-nye supaya menyembunyikan router TM tu didalam box polistren supaya aku dapat mengunakannya sekembalinya aq ke kelisa... dan malam semalam sempat juga die memberitahu die ber-karaoke bersama beberape teman (gtalk)... katenye tension menyiapkan projek design... dengar cerita dari teman yang ada di tempat kejadian die dimasukkan ke bilik pembedahan untuk membuang darah beku yang berada di dalam kepalanye... dan kini keadaan-nye semakin stabil... ingin sekali diri ini melawatnye namun apakan daya aku sudah pn sampai ke teratak ku di seremban, dan insya-ALLAH diri ini akan dtg melawatnya pada hari isnin... buat House-mate kesayangan yang suke memasak EN. KAMARUZZAMAN aq DOAkan agar kesihatan yang sebainya-baiknya diberikan Oleh-NYA untuk kamu... nanti dah sembuh kita karaoke bersama.... AMIN


06 September 2010

SaLaM AiDiLfiTrI BuAt UmAt IsLam

Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia,
Disambut Dengan Hati Yang Gembira,
Kini Syawal Semakin MEnjelma,
Tangan Ku Hulur Maaf D'pinta.


Terasa Cam Baru je Semalam kita berpuasa... rope-ropenye dh masuk 27 hari kite berpuasa.. betape cemburunya masa dengan bulan ramadhan... ish2... dan rasenye baru semalam arwah Lutfi pergi meninggalkan dunia yang Fana ini... semuanya bagaikan mimpi dan tiada penghujungnya..

Di kesempatan yang secebis ini aku mewakili diri ini sendiri mengucapkan salam aidilfitri buat semua umat islam samada yang berada di Malaysia terutama kenalan2 yang mengenali diri ini. yg kenal tp buat-buat x kenal... x kesah lah... huhuhu... yg berada di luar malaysia juga salam aidilfitri buat kalian.... ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki... Halalkan Makan & Minum ku ini :( ....




02 September 2010

BeRbUkE BerSama RakaN SepeRjuanGaN


Tangan Dihulur Tanda Kemaafan, duit diberi untuk yg x bekerja lagi hopefully duit raye dapat banyak tahun nie... huhuhu...

Terima kasih kepada penghuni taman kelisa yang sanggup turun padang join mjlis berbuke puasa bersama-sama... sungguh enjoy tht moment...

Next... Majlis Sambutan Raya biler naik cuti nanti.... InsyAllah...

31 August 2010

SaLAM AidILfiTri 2010

Dikesempatan Ini ku memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan tingkahlaku yang selama ini telah menguris hati dan perasaan sesiapa sahaja, sesungguhnya manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Semoga keberkatan syawal yang akan tiba ini dapat memberi seribu erti dan ketenangan dalam diri dan tingkah laku kita semua... amin...

Salam Aidul Fitri 2010

30 August 2010

HaRi LahIrMu MalAysia


SeLaMaT MenyaMbut HAri MalaYsia (2010)

Dibumi yang nyata kita berpijak... DiSini jugak kita menabur bakti

10 August 2010

Salam Ramadhan

Semoga Keberkatan Ramadhan Kali ini memberi ruang untuk kita bertaubat, beribadat, dan mengingai mati...InsyaAllah

09 August 2010

Biler D'wajibkan Meniaga



jemput jengah, beli n tanya khabar... khas untuk mereka yg berminat... kerongsang yg dibawa terus dari sabah....mutiara asli






08 August 2010

Dipinjamkan Sebentar OlehNya

Andai masa dan waktu dapat di tarik kembali semuanya bakal berubah
namun tiada apa yang dapat melawan ketentuan ilahi...takdirNya mesti pasti

Genap 24 tahun dia dipinjamkan kepada keluarga dan 2 tahun untuk aq dan rakan-rakan
rasa baru semalam je bertemu, begelak tawa, bermain futsal, solat jemaah bersama,
makan bersama, grouping bersama dan segalanya...

Tiada lagi ketukan dipintu diwaktu subuh
Tiada lagi raut wajah mengajak kami solat berjemaah bersama
Tiada lagi kedengaran suara azan darinya
Tiada lagi senyuman yang dapat di balas bersama-samanya.

Ya ALLAH, Moga dia ditempat di kalangan hamba-hambamu yang beriman..Amin

Luthfi bin Hood
7/08/1986 - 07/08/2010



10 June 2010

LAgenda Budak Setan


cita ini berjaya merobek hati ku... agak sedih... pemulaan yg ajak slow, tp dah tengah2 ok... sinematografik yg cantik.... nantikan siri 2 kot x clap ade...

08 June 2010

Seminggu Di Teluk Ramunia, Johor


Lama rasanye tak beblog.. buat2 busy je..padahal duk umah goyang2 kaki je… huhuh… bnyk sbrnya bnda nk kongsi nieh… tp nie je kot yg sempt di coretkan… survey camp untuk short sem lepas… 10-17hb mei… walaupun seminggu di Teluk Ramunia rasenye cam x puas je… tula org kte x knl maka x cinta… walaupun dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang tidak dikenali tp biler dh seminggu duk sane rasa cam dah lame je kenal ngn dieorg… bnyak ragam, perangai, cengeh, dan mcm hal la.. nk wat camne terima je... tunjukn diri kita nie matang… n boleh terima pe je msalh.. yg penting enjoy je kt sane…


p/s untuk kome yg nk g survey camp sesi 2,3,4….pndai2 jga diri… minyak tumpah hahahaha

02 June 2010

Hurm... Lamenye x update.....

lame ye x tgk blog nie... dah besarang labah2 dah... sory yerk sape yg tegur2 tu... nanti den update k...

18 April 2010

KASIHNYA tiada bandingan

Andai kata hati dan perasaan pernah dilukai, aq seorang anak amat berasa bersalah dan memohon ampun di atas ketelanjuran kata dan perbuatan yag pernah menyakitkan hati dan perasan mak.. Emak anak mu ini sangat menyayangi dan merindui mu... buat mak ku Pn Sariah tunggu kepulangan anak mu ini... tidak akan ku persiakan dirimu insan tercinta didunia dan akhirat...
selamat ulang tahun ke 54 tahun semoga mak sentiasa sihat dan bahagia..


14 April 2010

Jadual Exam sem II 2009/2010

JADUAL EXAM SEM NIE... baru kuar pagi td..(final draf) kira gap untuk stdy 2 ade gak la...draf seblum nie dlm sehari ade 2 paper skali... x giler ke???... seb baik ade yg g ngadu kat PPA... TQ ok...

RABU - 21 April BFC3092-Hydrology

JUMAAT - 23 April BFC3062-Engineers & Society

KHAMIS - 29 April BSM3913-Engineering Math IV

JUMAAT - 30 April BFC3082-Traffic Engineering & safety

ISNIN - 3 Mei BFC3023-Structural Analysis

SELASA - 4 Mei BFC2042-C++

JUMAAT - 7 Mie BFC3033-Geotechnical

buat semua yg nak PSM ke Final ke... gud luck k... dari saye buat anda semua

11 April 2010

Minggu belajar ???


This week genap 14 minggu stdy... dalam erti kate lain minggu ke 15 adalah hari study sedunia...huhuh... Perlukah aq stdy di minggu2 terakhir??.. atau aq sekadar memeriahkan majlis sambutan minggu study...tiada jawapan yang pasti.. yg penting di kepala otak ini berasa amat free setelah segala kekalutan di buang jauh2... namun agak memualkan apabila carry marks kuar, masing2 menunjukkan belang yg telah lame tersembunyi...antara ilusi dan kepastian tiada satu pun boleh mempertikai jawapan kepastian tersebut... jadi untuk memastikan tiada lagi kekalutan dan kesengsaraan belajarlah di minggu study... chaiyok!!!!!