Translate

14 November 2010

Salam Exam & Aidil Adha

Di sebabkan masa sekarang adalah masa untuk mengulangkaji pelajaran maka-nya ucapan heri raya ini diawalkan 3 hari

Selamat Menjalani ibadah korban untuk tahun ini


Kepada rakan yang bakal menghadapi exam minggu depan, ucapan gud luck untuk anda. Kiranya lebih kurang 365hari kita bakal bergelar jurutera so do da best.... chaiyok..

12 November 2010

Tenteramkah Jiwa ini...

Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.

Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.

Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.

Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.

Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'

Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.

Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.

Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ?kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.

Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.

Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).

Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.

Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.

Tuhan berfirman: Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman! (Surah Al Fath: Ayat 4). Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.

Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.

09 November 2010

MeLawaT TemAn

Assalammualaikum

Ruang Masuk ke bilik ICU kamal

Akhirnya dapat jua aq bersama beberapa teman melawat kamal di Hospital Sultanah Aminah JB. Walaupun sebenarnye niat untuk melawat adalah semalam(isnin) namun disebabkan kekangan waktu dan kelewatan sampai ke parit raja ditambah dengan keadaan kamal yang baru menjalani 2nd operation membantutkan perjalan kami. Tepat jam 10.00 pagi kami bergerak ke hospital dan tiba pada pukul 12.30. Melihat kepada keadaan kamal sebak hati ini mengatakan... Ya Allah pulihkanlah kamal seperti sediakala...

Sempat jugak betegur dengannya namun die kelihatan letih dan tidak bermaya. kebanyakan masanya hanya memejamkan mata. Gambar disebelah ini merupakan kad ucapan yg disiapkan dalam keadaan yang kelam kabut bersama ir...nak kasi buah, dr. x bagi makan lg... nak bgi bunga cam romantik sangat plak... bagi kad jelah... sebelum pulang sempat jua die bersalaman dengan kami.. tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat die kembali sihat seperti sediakala... Insya-Allah


p/s moga-moga tuhan melindungi kami semua dari malapetaka yang tidak diingini

06 November 2010

Old @ nAk mAnJe-MaNjE

Wahai En. notebook kenape sekarang engkau membuat perangai.. tnggu la lg setahun... dh x lame dah tu... berilah kesempatan untuk aq menggunakan khidmat mu... kau amat berjasa semenjak kita mula bersua muka dari tahun 2007. x kesah la ko tua ke nak manja2 ngan aq ke.. tp please jgn buat perangai sekarang ok... :)

*x leh detect wiFi.... argh!!!!!!!

05 November 2010

KeMbAli Beraksi & BeRiTa MeNyEdiHkaN


Lama rasenye jari jemari ini tidak menaip gosip2 terbaru..."gosip kew??".. bukan bermaksud ingin terus melupakan dunia blogger ini, tetapi kekangan masa dan kemalasan melanda jiwa dan raga membuatkan hasrat dan niat untuk merencana cerita di dalam ini blog terbantut.. kini setelah hampir 2 bulan menyepi tanpa sebarang berita, aku kembali beraksi, kali ini tiada post yang menjaga hati dan perasaan. Yang ada kini adalah luahan hati yang suci dan telus yang akan membuatkan "tams-ismail" merasa seakan-akan ingin menikam diri ni dengan sebatang pen carera... huhuhu...



Pagi tadi tepat jam 7.00am aku dikejutkan dengan bunyi sms yang menyatakan "kamal xcident".. biar betik, semalam sempat aq bergurau dengan-nye supaya menyembunyikan router TM tu didalam box polistren supaya aku dapat mengunakannya sekembalinya aq ke kelisa... dan malam semalam sempat juga die memberitahu die ber-karaoke bersama beberape teman (gtalk)... katenye tension menyiapkan projek design... dengar cerita dari teman yang ada di tempat kejadian die dimasukkan ke bilik pembedahan untuk membuang darah beku yang berada di dalam kepalanye... dan kini keadaan-nye semakin stabil... ingin sekali diri ini melawatnye namun apakan daya aku sudah pn sampai ke teratak ku di seremban, dan insya-ALLAH diri ini akan dtg melawatnya pada hari isnin... buat House-mate kesayangan yang suke memasak EN. KAMARUZZAMAN aq DOAkan agar kesihatan yang sebainya-baiknya diberikan Oleh-NYA untuk kamu... nanti dah sembuh kita karaoke bersama.... AMIN