Translate

19 December 2009

Nafsu + Kehendak = Dosa


NAFSU
Dlm bahasa Melayu 'nafsu' bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.

HAWA NAFSU
Biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukn perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.

NAFSU SYAHWAT
Bererti keberahian atau keinginan bersetubuh.

Org kata hawa nafsu nie sebagai "syaitan yang bersemayam di dalam diri manusia," yang bertugas untuk mengusung manusia kepada kefasikan atau peng-ingkaran. Kalu nak diikutkan hawa nafsu kalu terlalu di turutkan memang nikmat yg x terhingga tapi tu semua datang sekjap je... Hati selau tak tenang je... masalah kecik jd besar... suka marah2(yeke??)

Untuk mengelak diri dari terbawa-bawa hawa nafsu ke peringkat yag lebih jauh kita perlu mengenalpasti dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:

-Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.

-Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.

-Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?

-Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.

-Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.

-Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Dah tau mane pintunye atau punca nafsu menjadi jahat, kita juga perlu tahu bagaimana caranya untuk mengawal dan mengelakkan daripada terjerat kepada nafsu jahat terbabit, antaranya:

-Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat. (bukan cam tutup pintu bilik tu...pikir sendiri k)

-Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.

-Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.

-Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).

-Banyak bersedekah.

-Berkawan dengan orang miskin.

-Bagi makan kat binatang terutamanya kucing...

Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.





15 December 2009

TaUbAt...


aku rindu, aku perlu, aku ingin, aku bertaubat..
sesungguhnya tiada tempat yg lebih mulia melainkan disisnya


14 December 2009

Gie Jalan

Semalam ikut kakak g jalan2 kat Jusco...
semalam jugak la aq ke seremban setelah 2 minggu duk umah,
bosan seh...

tp kene jaga anak2 aq nie ha... poning pale pakcik
nak jaga dua org "nyet" nie
lari sana lari sini...
jerit sana jerit sini..
time makan diorg jerit bayangkan semua custmer pndang je
aq wat bodoh jelah dah la aq duk ngn depa... mak bapak dieorg duk meja lain...
hahaha wat bodo je

camne la kalu aq ade anak ti..nie pn dah x larat nak jaga




p/s sayang ade geram pun ade

07 December 2009

Aktiviti Sepanjang Tahun 2009

Sepanjang tahun 2009 merupakan saat paling indah buat aq... mungkin ade je aq terlepas pandang n x masuk kan entry2 baru dlm blog nie... lg pn blog nie baru je 5 bulan.. still baby lagi.. masa sungguh cemburu untuk aq beblog.. skunk ct sem pn rase malas nak menulis.. penat jari jemari ku.. namun 2009 semakin melabuhkan tirainya... 2010 bakal menjengah.. aq berazam untuk mencuba dengan lebih terbaik...


KONSERT CITI
Nie part paling aq suke g tengok konsert CT dlm minggu pekse.. hahaha... agak mengujakan bila ade org sponser tiket... TQ PKSK... terutama NAZ yg mengajak aq ke konsert nie... mmg happening giler tgk peminat menjerit2.. belum ct kluar dah bingit telinga aq nie ha.. aq minat gak ct.. cm mase konsert terdiam kaku... kaku coz power giler sore CT.. mantop...

C&I EXHIBITION
Pameran bertujuan memenuhkan jam kredit sem di samping menjadikan pelajar boleh berfikir secara cretive n kritis... tp kretif ke produk MUS nie... (multippse umbrella stnd) huhuh..
ok la dpt B+

PAMERAN KENEGARAAN 2009
Pameran kenegaraan juga sebagai salah satu tuntutan untuk memenuhkan jam kredit sem nie. Dijalankan awal bulan 9, tajuk yg aq n rakan2 bentangkan adalah ISA dalam perlembagaan malaysia... 2 yg berpakaian ala2 menteri 2...huhuh... best sngat subject nie dpt A..

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN
Sekitar bulan march mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke pulau tioman, namun yg belajarnye cikit je.. berseronok je lebih...apa2 pn tioman memang best... kat cini la aq jmpe ikan NEMO 2... kecik je die....tp cantik... hope dpt pegi tioman lagi...

HARI RAYA BERSAMA TEMAN-TEMAN
(Di Rumah Anuar-Muar)

(Di Rumah Giha-Bp)

(Di Rumah Niezam-Rengit)

Raya taun nie banyak kat Parit Raja... so g rumah classmate terdekat je... best gak... byangkan hmpir keseluruhan dak kelas 70 org dtg beraya umah.. x ke haru di buatnye... ade smpai duk kat luar pn ade...hahaah... penangan BFF FKASS 08/09

PAMERAN SAVE GAZA & CERAMAH MAULIDULRASUL PARIT SEMO
Nie pun tuntutan dari jam kredit mase sem 1... subject TITAS... kene wat pameran save gaza mase program ceramah our lect DR.Hussien.. mmg happening.. bnyak aktiviti...
peraduan mewarna, kelas bahasa arab, kutipan derma n bnyak lagi... Penduduk kg teruja dengan kehadiran pelajar asing dari somalia yg merupakan classmate kiteorg.. dak sekolah pn ade dtg malam 2.. ade siap ckp "Best la jd cam abag nie leh jumpe pelajar asing, buat aktiviti cam nie" korg dari sekolah agama kan...?? nanti dah abis SPM nak jd UStaz ke?? "x la saye msuk sek agama untuk mntapkan pengetahuan agama.. nak jugak merasa jd doktor, jurutera" 'bagus2 blajar leklok"..
kiranya kami nie jd contoh pelajar2 sekolah la yerk... huhuhu.. bukan cam 2... kalu belia yg smbung stdy nie menjadi idola adik2 di sek untuk mereka berusaha supaya leh melanjutkan pelajaran bg mencapai cita2... betul x..??


p/s (tunggu kemunculan percutian di LANGKAWI k)