Translate

19 December 2009

Nafsu + Kehendak = Dosa


NAFSU
Dlm bahasa Melayu 'nafsu' bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.

HAWA NAFSU
Biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukn perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.

NAFSU SYAHWAT
Bererti keberahian atau keinginan bersetubuh.

Org kata hawa nafsu nie sebagai "syaitan yang bersemayam di dalam diri manusia," yang bertugas untuk mengusung manusia kepada kefasikan atau peng-ingkaran. Kalu nak diikutkan hawa nafsu kalu terlalu di turutkan memang nikmat yg x terhingga tapi tu semua datang sekjap je... Hati selau tak tenang je... masalah kecik jd besar... suka marah2(yeke??)

Untuk mengelak diri dari terbawa-bawa hawa nafsu ke peringkat yag lebih jauh kita perlu mengenalpasti dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:

-Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.

-Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.

-Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?

-Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.

-Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.

-Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Dah tau mane pintunye atau punca nafsu menjadi jahat, kita juga perlu tahu bagaimana caranya untuk mengawal dan mengelakkan daripada terjerat kepada nafsu jahat terbabit, antaranya:

-Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat. (bukan cam tutup pintu bilik tu...pikir sendiri k)

-Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.

-Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.

-Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).

-Banyak bersedekah.

-Berkawan dengan orang miskin.

-Bagi makan kat binatang terutamanya kucing...

Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.





No comments: