Translate

11 December 2011

Cambodia Part 3

Jam 6.00 am 02/12/2011

Seawal jam 4 pagi ayam dah berkokok sebab subuh di sana jam 5 pagi kalu dari rumah tu pagi2 boleh dengar org lalu lalang naik basikal jalan kaki nak ke masjid.... susah nak dpt suasana camtu kalu kat tempat tinggal aq... walaupun islam adalah minoriti penduduknya di cambodia... namun mereka merasakan tiada apa yang boleh menggugat keimanan mereka...

Diawal pagi kami telah diberi tugasan untuk melakukan kerja yang telah dirancang.. untuk peserta lelaki kami di arahkan untuk pergi ke pasar dan menyediakn makanan untuk 100 org... dah la peserta lelaki 4 org jer.. pastu ade cina plak tu... hurm nasib baik kami di bantu oleh seorg chef terkemuka dari uthm Cik haryati kita... huhuh..org kg ade gak yg membantu dalam urusan pembelian barang n masak2...manakala peserta wanita di arahkan untuk melakukan aktiviti LDK bersama pelajar sekolah agama perempuan.. bnyak gak aktiviti yg diorg buat.. cume aq n beberapa rakan x sempat nak join sibuk g pasar nak masak untuk org kg... huhuhu

Sarapan pagi di bawah rumah...sedap nasi gorengnye...

Aq bersama bendahari, ketua program dan setiausaha telah pergi ke pasar pagi tu dengan menaiki tut tut... best 1st time naik tut tut... angin2 je rase... banyak jugak duit MYR yg kami tukar ke Riel kemboja (sumbangan org ramai).... perjalanan dari kg ke pasar lebih kurang 15 minit... sempat jugak la cuci2 mata tengok keadaan sekeliling yg di penuhi rumah2 kampung.. setibanya di pasar(pekan phnom penh) x bnyak beza ngn pasar kat malaysia kot... dari bawang sampailah ke buah-buahan kami beli dah macam explorace.. kejar sana kejar cini... last2 ayam dah abis kat pasar tu (org nak g pasar cari ayam kul 6 dah kuar kami kul 9 baru nak gerak...hehehe)... mujurlah masa kami pigi pasar tu di temani seorang akak dari kampung yg kami tinggl die yg settlekan mane nak cari ayam... ayam terus di hantar ke kg.. bnyak gak ayam yg kami beli..


Jam ketika itu menunjukkan 10.00 am keadaan agak genting (takut bos besar marah) sebab dalam task kami kene siapkan makanan sblum kul 11.00 am before org g smbhyg jumaat... nak x nak kene la makan lps sembhyang jumaat... huhuhu.... dan ketika itu program LDK bersama pelajar sedang rancak dijalankan... x sempat nak join n kenal2 ngn pelajar pompuan kat c2.. heheheh..


Antara Menu makanan yg kami sediakan adalah seperti:
#Ayam masak ungkep (betul kot ejaan die)
#sayur kubis masak santan
#Sambal belacan
#Ikan toman bakar(org kg)
#kerabu mangga (makan dengan ikan toman)
#keropok ikan goreng (bawak dari p.raja)
#buah pisang kaki + apple
#nasi putih
#mineral water
Rasenye ni je kot yg ktorg makan kalu x silap...


Selesai makan... majlis penutup dan penyerahan sumbangan kepada keluarga angkat masing2 dijalankan... dan ketika ini pelajar2 dan kaum keluarga berkumpul memeriahkan majlis... selesai sesi bergambar kami jalan2 keliling kampung n snap2 gambar sambil bagi gula-gula at kanak-kanak... kesian kawan2 yg kene serbu... aq tgk dari jauh jer.. huhuhu...


Habis program kami diberi peluang menaiki sampan/perahu beramai2 menusuri sungai Mekong... wah 1st time naik perahu... dah la x stabil... pastu x pakai life jaket... argh redah jer... biler lagi nak rase pengalaman camtukan... untuk pengatahuan air sungai mekong inilah yg digunapakai untuk kami mandi di toilet... airnya di pam secara terus ke toilet rumah masing2.. memang keruh lah kan airnye.. tp x de kesah sangat pn... sepanjang di sana kami di bekalkan air mineral untuk air minuman so tiada air yg di masak untuk kami minum kecualiiii minum air teh ...adush...... tkut ade yg sakit perut cam aq nie ha... huhuhuh :)


Keindahan sungai mekong di senja hari memberi pengalaman yg jarang kami temui.. moga ini bukanlah pengalaman pertama dan terakhir... "arkun Cambodia"

Sesungguhnya terdapat insan yg lebih menderita dan memerlukan... dan aq amat bersyukur dan berterima kasih kepada illahi kerana membuka mata dan hati untuk melihat kesengsaraan umat islam di sisi lain...

2 comments:

nur said...

semoga penulis berpeluang kembali ke kemboja...:)

afend said...

insyaAllah