Translate

21 January 2010

Jom mengundi

Batu Pahat, UTHM- Mahasiswa dan mahasiswi diperingkat universiti tempatan semakin terasa ‘bahang’ Pilihan Raya Universiti (PRU) dengan kebanyakan Kabinet MPP di telahpun dibubarkan dan sebilangannya telahpun mengadakan PRU. Tarikh pilihanraya yang berbeza dikebanyakan universiti-universiti tempatan membuatkan kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi ternanti-nanti tarikh sebenar bagi universiti mereka.

Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, tarikh yang menjadi ‘keramat’ pemberian mandat oleh mahasiswa dan mahasiswi UTHM telahpun ditetapkan pada 28 Januari 2010 dan tarikh penamaan calon pada 25 Januari 2010 ini.Notis-notis yang mengandungi informasi berkenaan pencalonan dan pengundian telahpun ditampal dikebanyakan papan kenyataan utama universiti.

Syarat-syarat yang berkaitan dengan Pilihan Raya Universiti turut disertakan bagi memudahkan para calon untuk membuat rujukan. Diharapkan Pilihan Raya Universiti di UTHM pada kali ini akan lebih meriah dengan gelagat-gelagat para calon untuk ‘memancing undi’ dan turut diingatkan agar tidak berlaku sebarang perkara yang boleh merosakkan kredibiliti sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi berlaku di UTHM ini.

Kepada semua warga mahasiswa dan mahasiswi UTHM yang berkelayakan, jadilah calon pada pilihanraya ini supaya warga mahasiswa dan mahasiswi UTHM dapat dipimpin oleh barisan kepimpinan yang dapat membantu menyampaikan pendapat dan permasalahan mahasiswa diperingkat atasan, serta dapat merancakkan universiti ini dengan pelbagai program-program yang bermanfaat dan keilmuan.

Jadikanlah Pilihan Raya Universiti ini sebagai saluran yang akan melahirkan dikalangan para pemimpin negara yang berintegriti tinggi dan disegani diperingkat dunia dengan idea dan sifat ketokohan yang disegani.

UTHMbloggers.blogspot.com

4 comments:

iSmAiL sAllEh said...

ko skarang ni bukan wartawan gossip je yek.... dah lebih mendalam

dolce_afend said...

amboi2.... biasala....huhuhuhu cik normah berjaya

cik CumeY said...

comel! hehehe

dolce_afend said...

ape yg comel?????